Allah pun ciptakan untuk kita dua telinga , satu mulut . Makna nya , kita mesti lebih banyak mendengar daripada berkata-kata ,
Memberi lebih menggembirakan daripada menerima. Begitu yang selalu ditegaskan oleh pakar-pakar motivasi . Dalam Islam , kita memang digalakkan memberi berbanding menerima . Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah , begitu maksud hadis . Tetapi itu teorinya sahaja , dalam praktinya payah hendak dirasakan memberi itu lebih mengembirakan , lebih baik . Memberi ertinya mengurangkan milik kita , bagaimana itu boleh menggembirakan ?
Kakak marah kerana sayang . Sedih tengok emek menderita . Sedih kenang ayah yang tak sempat beraya secara yang lebih bergaya , Itulah yang kakak marah-marah ni . Bukan kerana benci , kerana sayang .
Malam raya diisi dengan taubat . Menangis atas pemergian Ramadan . Kesal atas pamitan keampunan , berkat dan rahmat . Apakah puasa diterima sebagai jalan takwa atau hanya sekadar meraih lapar dan dahaga ? Cintakan Allah cinta yang utama . Bila kita telah cinta yang utama , cinta yang lain akan tunduk akur kepadanya .
Ilmu kita terbatas , ilmu Allah Maha Luas . Tidak dapat kita jangkau hikmah takdir Allah yang tersirat .Jika belum nampak kebaikannya masa kini , masa akan datang pasti terserlah jua , Sebagai hamba yang beradab , katakan begini , Ya Allah , aku belum nampak lagi kebaikan takdir-Mu kini tetapi aku pasti ketentuan-Mu pasti ada kebaikannya nanti .
Katalah , anda adalah ibu atau bapa anak kecil itu . Anda telah meninggalkan anak itu dua hari . Lusa anda akan kembalike rumah . Namun sebelum pulang anda bertekad hendak membawa pulang anak patung yang anak anda inginkan . Setelah puas mencari , akhirnya anda menemuinya . Anda membeli dan terus membawanya pulang . Bayangkan anak anda telah menunggu di hadapan pintu rumah , sambil bersorak ria melihat anak patung di tangan anda . Baiklah , sekarang para ibu dan bapa tolong jawab , siapa agaknya lebih gembira , ibu yang memberi hadiah atau si anak yang menerima hadiah ?
No comments:
Post a Comment